Nota
Penyebaran Biji Benih
| 1. | Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. |
| 2. | Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. |
| 3. | Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya. |
| |
| |
| 4. | Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya. |
| 5. | Antara penyesuaian ini ialah: |
| Cara Penyebaran | Penyesuaian Biji Benih / Buah |
| Haiwan | Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam |
| Angin | Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu |
| Air | Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara |
| Mekanisme letupan | Permukaan buah menjadi tegang apabila kering. |
Rantai Makanan dan Siratan Makanan
| 1. | Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk: | |
| | (a) | rantai makanan. |
| | (b) | siratan makanan. |
| 2. | Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear. | |
| 3. | Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan. | |
| 4. | Contoh rantai makanan. | |
| |
| 5. | Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan). |
| 6. | Pengeluar membina makanan secara fotosintesis. |
| 7. | Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna. |
| 8. | Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor. |
| 9. | Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor. |
| 10. | Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan. |
| 11. | Tenaga berasal daripada Matahari. |
| 12. | Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan