Isnin, 26 November 2012

Kejayaanku pada Tahun ini .........


Alhamdulillah , aku berjaya mendapat anugerah Tokoh Nilam Tahap 2 2012 , aku juga mendapat anugerah kepimpinan pengawas serta Tempat Pertama di dalam kelas dan matapelajaran terbaik Pendidikan Agama Islam ........

Isnin, 3 September 2012

nota

Nota 

Penyebaran Biji Benih      

1.
Tumbuhan perlu membiak untuk  kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.
2.
Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.
3.
Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.
 
 
4.
Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah  disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.
5.
Antara penyesuaian ini ialah:
Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam
Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu
Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara
Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering.
 
Rantai Makanan dan Siratan Makanan 
1.
Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk:
 
(a)
rantai makanan.
 
(b)
siratan makanan.
2.
Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear.
3.
Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan.
4.
Contoh rantai makanan.
 
 
5.
Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).
6.
Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.
7.
Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
8.
Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
9.
Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.
10.
Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.
11.
Tenaga berasal daripada Matahari.
12.
Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan.

tahniah

Tahniah Team Genero

Tarikh : 6 julai 2011
Tempat: SM Teknik Gombak
Keputusan:



Tahniah...
kami pasukan robotik SKTBR 1 telah memenangi excellent award , best team spirit dan innovative award . Sebelum pertandingan kami telah berlatih bersungguh - sungguh untuk mengharumkan nama sekolah.Kami telah bekerjasama dgn SMK KKB(Kuala Kubu Baru).Berkat kesungguhan kami , kami telh memenangi pelbagai hadiah.....

bahan bacaan saya

Tarikh: 31 Ogos 2012                                                                                          Tajuk: Kisah allah SWT menciptakan malaikat
Pengarang: Nurul Afikah
Muka surat: 21

Sinopsis:
Kepak Malaikat Jibri di cipta dari Syurga

Pengajaran:
Hormati Agama
----------------------------------------------------

Tarikh:31 Ogos 2012
Tajuk: Maafkan Abang
Pengarang: Norman Din
Muka surat: 31

Sinopsis:
Hafizi sering di caci oleh rakan-rakannya kerana kecacatan adiknya. Hafizi mengabaikan adiknya. Akhirnya adik Hafizi telah menyelamatkanya dan Hamizi meminta maaf kepada adiknya.

Pengajaran:

i. Menyayangi    ii. insaf    iii. sabar

----------------------------------------------------

Tarikh:        31 Ogos 2012
Tajuk:           Sumpah Mahsuri
Pengarang:    Ami Masra
Muka surat:   56


Sinopsis:       Kisah Lagenda Mahsuri di tuduh berselingkuh
Pengajaran  :   Siasat dulu sesuatu perkara

----------------------------------------------------

Tarikh:            31 ogos 2012
Tajuk:             Salim the semut
Pengarang:      Mathew
Muka surat:     43


Sinopsis:         Salim is a small and non-stronger man. One day the tree lying down. The Salim told the police and  the police help.
Pengajaran      Jangan menghina orang   ii. bantu - membantu     iii. sikap mengasihani


Berkhidmat Untuk Sekolah Taman Bunga Raya 1

Perlantikan Pengawas 2012
Nurin terlibat dalam memberi maklumat kepada Delegasi ICT 
HARI INI 20 MAC 2012 (SELASA) - SKTBR1 dikunjungi oleh Delegasi ICT Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil JPN, BTPN Selangor, wakil setiap PPD di Selangor dan wakil PKG di Seluruh Selangor. Delegasi ICT ini mengadakan mesyuarat ICT dan juga ingin berkongsi pengalaman dari sekolah SKTBR1 yang telah tercalon dalam kepimpinan ICT di Peringkat Kebangsaan 
SELASA-12 April 2012- Seramai 100 orang peserta dari Kelab Doktor Muda mengikuti  PROGRAM PROMOSI KESELAMATAN MAKANAN DAN GERM BUSTER. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor


Ahad, 2 September 2012

Saya dan rakan pembaca

Sebagai rakan baik dari kelas yang sama iaitu 5A , ... kami kerap berbincang sebagai rakan pembaca. Berkaitan dengan mencari bahan rujukan. 

Nurin menjadi rakan pembaca kepada murid-murid tahun 3
sesi petang, mereka yang datang awal untuk kelas tambahan 
Jqaf telah meminta Nurin menceritakan buku cerita yang diminati
ketika waktu rehat tahun 5.





image:url(http://i400.photobucket.com/albums/pp85/simplyblogitbackgrounds/mymemoriessimplespring-001.jpg?t=1334205424);background-position: center; background-repeat:no-repeat; background-attachment: fixed;
image:url(http://i400.photobucket.com/albums/pp85/simplyblogitbackgrounds/valentinesfuncopy.jpg?t=1296782901);background-position: center; background-repeat:no-repeat; background-attachment: fixed;


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...