Nota
Penyebaran Biji Benih
1. | Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini. |
2. | Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya. |
3. | Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya. |
|
|
4. | Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya. |
5. | Antara penyesuaian ini ialah: |
Cara Penyebaran | Penyesuaian Biji Benih / Buah |
Haiwan | Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam |
Angin | Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu |
Air | Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara |
Mekanisme letupan | Permukaan buah menjadi tegang apabila kering. |
Rantai Makanan dan Siratan Makanan
1. | Perhubungan makanan antara organisma hidup boleh ditunjukkan dalam bentuk: | |
| (a) | rantai makanan. |
| (b) | siratan makanan. |
2. | Rantai makanan adalah hubungan makanan antara beberapa organisma hidup secara linear. | |
3. | Gabungan beberapa rantai makanan disebut siratan makanan. | |
4. | Contoh rantai makanan. |
|
5. | Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan). |
6. | Pengeluar membina makanan secara fotosintesis. |
7. | Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna. |
8. | Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor atau omnivor. |
9. | Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor. |
10. | Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan. |
11. | Tenaga berasal daripada Matahari. |
12. | Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks akan membentuk siratan makanan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan